Wake Up Early In The Morning

Arsenal seri dengan Liverpool. 4 - 4. Baguslah.Sekurang-kurangnya Liverpool tidak memperolehi markah penuh. Pagi esok Manchester United bertarung dengan Portsmouth.Harapan agar MU menang dengan jumlah jaringan yang besar selepas di tewaskan oleh Everton dalam 'semi-final' Piala F.A. Lima kejuaraan dalam satu musim musnah bagai kertas yang dicarik-carik lalu dimasukkan ke dalam tong sampah. Kecewa sungguh aku bila sepakan Dimitar Berbatov dan Rio Ferdinand di nafikan oleh Tim Howard bekas anak buah Sir Alex Ferguson. Berjaga sampai pukul 2 semata-mata hendak melihat pertarungan Chelsea dan MU di perlawanan akhir, akhirnya tidak menjadi kenyataan.
Berbalik kepada keputusan perlawanan antara Liverpool dan Arsenal, jumlah gol dicatatkan adalah sebanyak 8 jaringan. Berikut ialah keputusan perlawanan :

Liverpool

Fernando Torres 49' 72'
Benayoun Y. 56' 93'

Arsenal
Arshavin . A 36' 66' 70' 90'

Comments

Popular posts from this blog

Ebookstore