Posts

Showing posts from July, 2012

Memahami Uruf Emas

Soalan : Saya berasal dari negeri A dan mahu menunaikan zakat emas perhiasan di negeri B. Apa yang pelik, nilai berat uruf di antara kedua negeri tidak sama, dengan alasan urufnya berbeza. Jadi, apakah makna uruf sebenarnya dan apakah kepentingannya dalam zakat dan bagaimanakah ia diaplikasikan? Harap dapat penjelasan ustaz. Jawapan : Sememangya amalan zakat di Malaysia khususnya dalam bab menunaikan zakat emas perhiasan ini agak berbeza dengan negara luar. Hal ini tidaklah pelik, kerana jika kita mempelajari usul fiqh, perbezaan di antara adat dan budaya setempat boleh menyebabkan berlakunya perubahan dalam hukum-hukum tertentu. Pastinya perubahan ini bertujuan untuk meraikan keperluan setempat dan inilah buktinya keanjalan atau fleksibiliti hukum fikah dalam Islam. Dalam kaedah fiqh, perkara ini dinamakan al-'adatul muhakamah ataupun uruf. Yakni, secara kasarnya dapat difahami, sesuatu hukum itu diputuskan berdasarkan adat kebiasaan setempat dengan syarat-syarat tertentu. ...