Posts

Showing posts from 2012

Service Kereta

Service kereta pada jarak perbatuan mencecah 60621 km pada tarikh 15 Disember 2012 Sabtu di Auto Au Service Centre di Lot 2072 - 2080, Jalan Sungai Besi,Salak Selatan, 57100 Kuala Lumpur. (Esso Petrol Station - Taman Sungai Besi).Tel : 03 - 79835009 HP : 09-211 7375 email : kmauto@pd.jaring.my Engine Oil Mobile : RM 72 Oil Filter : RM 8 beli kat Syarikat Hupsen Auto Supplies Sdn. Bhd. Fan Belt /6pk 1677 : RM 85 Lbour Charge : RM 10 Total : RM 175 Syarikat Hupsen Auto Supplies Sdn. Bhd. No. 195, Batu 2 1/2, Jalan Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur. 03-9221 4993/4905/1569/3764/4979 Fax : 03-9221 6936

Tempat Makan Yang Menarik Yang Best Telah Dan Akan Pergi

Tempat Makan Yang Menarik Yang Best Telah Dan Akan Pergi 1. Le Chateau De Puah 2. Mohd Yaseen Nasi Kadar Pulau Pinang 351 & 353 Jalan Tunku Abd. Rahman, 50100 Kuala Lumpur Tel : 013-26948927 3. Nasi Kandar Line Clear, Jalan Penang, Pulau Pinang
Lelaki idaman, Sememangnya akan menjadi igauan, Setiap gadis pasti berkeinginan, Berjumpa dengan sebuah impian. Namun duhai lelaki beriman, Usah mencabar lemahnya iman, Usah menduga sebuah perasaan, Usah mencari picisan percintaan. Andai dikau lelaki beriman, Pasti engkau tidak sedemikian, Menjunamkan diri ke lembah kebinasaan, Membiarkan diri dalam kemaksiatan. Sedarilah duhai lelaki beriman, Allah Maha Menerima taubatnya insan, Sedarilah sebelum terlambat dipesan, Engkaulah a'bid, khalifah, da'ie harapan. Usah hancurkan sebuah impian, Usah ranapkan biah yang mapan, Namun genggamlah dengan kesabaran, Disaluti sutera keimanan. Mari, galaslah sebuah amanah berkekalan, Tunjukkan pada mereka yang tidak ketahuan, Islam itu indah, suci, berkekalan. Tunjukkan jua contoh tauladan, Bagi contoh untuk pemuda buktikan, Lelaki yang petah berpidato dihadapan, Lelaki yang dididik dengan tarbyah harapan, Bukanlah lelaki picisan murahan, Namun mujahid Islam zaman kegemilangan.elaki idaman, Sem...

Memahami Uruf Emas

Soalan : Saya berasal dari negeri A dan mahu menunaikan zakat emas perhiasan di negeri B. Apa yang pelik, nilai berat uruf di antara kedua negeri tidak sama, dengan alasan urufnya berbeza. Jadi, apakah makna uruf sebenarnya dan apakah kepentingannya dalam zakat dan bagaimanakah ia diaplikasikan? Harap dapat penjelasan ustaz. Jawapan : Sememangya amalan zakat di Malaysia khususnya dalam bab menunaikan zakat emas perhiasan ini agak berbeza dengan negara luar. Hal ini tidaklah pelik, kerana jika kita mempelajari usul fiqh, perbezaan di antara adat dan budaya setempat boleh menyebabkan berlakunya perubahan dalam hukum-hukum tertentu. Pastinya perubahan ini bertujuan untuk meraikan keperluan setempat dan inilah buktinya keanjalan atau fleksibiliti hukum fikah dalam Islam. Dalam kaedah fiqh, perkara ini dinamakan al-'adatul muhakamah ataupun uruf. Yakni, secara kasarnya dapat difahami, sesuatu hukum itu diputuskan berdasarkan adat kebiasaan setempat dengan syarat-syarat tertentu. ...