Posts

Showing posts from June, 2009

Kejutan separuh akhir Piala Konfederasi

USA mengalahkan Sepanyol? Itulah berita yang aku baca di www.goal.com . Impian untuk melihat juara Eropah bertemu dengan juara Amerika Selatan tidak menjadi kenyataan. Jaringan dari Jozy Altidore and Clint Dempsey menyentap ego Sepanyol yang rata-rata dibarisi pemain yang bertaraf bintang. Bagi aku Sepanyol pasti boleh mengalahkan USA dengan mudah tetapi jangkaan aku meleset sama sekali. Benarlah dalam bola sepak, berbagai kemungkinan boleh terjadi dalam tempoh 90 minit. Semangat yang ditunjukkan USA memang boleh dibanggakan selepas melakar kejutan layak ke separuh akhir walaupun tidak ada sesiapa yang menjangkakan mereka boleh pergi sejauh ini. Kunci kejayaan USA adalah dengan mengekang perancang Sepanyol Xavi Hernandez. Begitulah yang dikatakan oleh jurulatih USA Bob Bradley. Pagi ini akan berlangsung separuh akhir kedua, pertemuan Brazil dan tuan rumah Afrika Selatan. Ramai yang memilih Brazil ke perlawanan akhir dan aku menjangkakan 3-0. Sesuatu yang menarik, jika Brazil layak ke a...

Beli pemain

Beberapa minggu ini,banyak kedengaran khabar angin berkenaan dengan pasaran jualan pemain bola sepak. Yang menarik membabitkan Manchester United yang baru mendapat durian runtuh hasil penjualan Cristiano Ronaldo yang berhijrah ke Real Madrid. Beberapa pemain telah dikaitkan dengan MU tetapi masih belum ada sebarang hasil untuk membawa beberapa pemain 'star'. Di antara pemain-pemain yang cuba dipancing ialah: Frank Ribery (Bayer Munich/Perancis) Sergio Arguero (Atletico Madrid/Argentina) Karim Benzema (Lyon/Perancis) Iker Casillas (Real Madrid/Sepanyol) Nilmar (Inter Milan) Samuel Eto (Barcelona) Ashley Young ( Aston Villa) Douglas Costa (Gremio) David Silva (Valencia) Antonio Valencia (Wigan0 Bidaan telah dibuat dan harap beberapa pemain dapat dibeli untuk menguatkan barisan MU yang sedia ada terutamanya yang mempunyai "killer instinct". Pilihan : Karim Benzema, Samuel Eto

Bandar Puncak Alam

Untuk ke dua kalinya aku menjejakkan kaki di Bandar Puncak Alam.Di suatu daerah yang sunyi,jauh dari kesibukan kota yang kadang kala menyesakkan dada ini. Aku pergi untuk membuat suatu perubahan dalam diriku,untuk mencari sinar baru yang mungkin ada di daerah itu.