Kejutan separuh akhir Piala Konfederasi

USA mengalahkan Sepanyol? Itulah berita yang aku baca di www.goal.com. Impian untuk melihat juara Eropah bertemu dengan juara Amerika Selatan tidak menjadi kenyataan. Jaringan dari Jozy Altidore and Clint Dempsey menyentap ego Sepanyol yang rata-rata dibarisi pemain yang bertaraf bintang. Bagi aku Sepanyol pasti boleh mengalahkan USA dengan mudah tetapi jangkaan aku meleset sama sekali. Benarlah dalam bola sepak, berbagai kemungkinan boleh terjadi dalam tempoh 90 minit. Semangat yang ditunjukkan USA memang boleh dibanggakan selepas melakar kejutan layak ke separuh akhir walaupun tidak ada sesiapa yang menjangkakan mereka boleh pergi sejauh ini. Kunci kejayaan USA adalah dengan mengekang perancang Sepanyol Xavi Hernandez. Begitulah yang dikatakan oleh jurulatih USA Bob Bradley. Pagi ini akan berlangsung separuh akhir kedua, pertemuan Brazil dan tuan rumah Afrika Selatan. Ramai yang memilih Brazil ke perlawanan akhir dan aku menjangkakan 3-0. Sesuatu yang menarik, jika Brazil layak ke akhir,lawannya USA yang mereka kalahkan sewaktu peringkat kumpulan.

Comments

Popular posts from this blog

Ebookstore