Pengembaraan Ali

Di sebuah kampung yang terpencil,tinggallah Ali seorang budak kecil tinggal bersama dengan Nimbo kucing peliharaannya yang boleh berkata-kata. Ali sungguh akrab dengan Nimbo seolah-olah Nimbo itu ialah adiknya. Ali yang kematian ibubapanya akibat taufan yang melanda kampung 8 tahun dulu hidup sebatang kara. Malahan seluruh isi kampungnya lenyap sama sekali. Mujurlah seekor kucing menjadi temannya di waktu Ali membesar. Sungguhpun Ali kurang mengerti akan kejadian tersebut, dia dapat merasakan kehilangan sesuatu.
Ali tinggal di sebuah kampung yang bernama Kampung Sambal. Penduduknya tinggal dalam keadaan yang aman dan harmoni walaupun hidup dalam keadaan yang sederhana. Semangat gotong-royong kuat diamalkan. Yang muda menghormati yang tua, yang tua banyak memberi panduan dan nasihat kepada yang muda. Namun begitu, ada seorang tua di hujung kampung, tinggal sendirian mengasing diri dari orang kampung. Entah mengapa orang tersebut berbuat begitu menjadi tanda tanya kepada seisi kampung. Walhal, orang tua tersebut tidak begitu sebelum berlaku malapetaka yang melenyapkan hampir seluruh kampung. Waktu kecil, setelah ketiadaan ibubapanya, Pak Sampir dan isterinya Mak Senah telah mengambil tanggungjawab menjaga Ali. Bukan orang lain pun. Pak Sampir adalah pak cik kepada ayah Ali. Itu sajalah waris yang tinggal, mempunya darah pertalian dengan Ali. Pak Sampir dan Mak Senah hanya tinggal berdua. Satu-satunya anak mereka telah hilang dilaut selepas keluar menangkap ikan 14 tahun dulu di laut. Ali jaga dan dididik dengan sebaiknya oleh mereka berdua. Ilmu agama diajar dengan tegas sesuai dengan prinsip Pak Sampir dan Mak Senah , memberi ilmu agama akan menjadikan seorang itu hidup displin dan mempunya matlamat. Ali juga di hantar mendalami ilmu persilatan bersama kanak-kanak yang lain. Setiap malam Sabtu, mereka akan berkumpul di gelanggang yang dipunyai oleh guru Hadi berdekatan dengan sebatang sungai. Jamung di pasang menampakkan bayang-bayang pokok besar di sekelilingya. Di bawahnya mengalir sungai.

Comments

Popular posts from this blog

Ebookstore