Ramadhan Datang Lagi

Firman Allah S.W.T bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa ( Ramadhan), sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, moga-moga kamu bertakwa.

(Surah al Baqarah :183)

Puasa Menjadikan Kita Bertakwa

Dalam surah al-Baqarah ayat 183 itu telah dijelaskan bahawa puasa itu bukan hanya diperintahkan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W. Sebaliknya, perintah berpuasa yang menjadi asas itu sudah ada kepada umat-umat nabi terdahulu. Tujuan puasa itu adalah menjadikan kita bertakwa. Tetapi bagi mencapai tahap takwa itu Allah telah gariskan bahawa ia memerlukan kepada iman dan amal soleh. Maknanya apabila seseorang itu beriman pasti dia akan beramal soleh dan barulah dia akan mencapai kejayaan sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

"Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang yang berjaya.
(Surah al Baqarah: 5)


Di petik dari Utusan Malaysia Selasa 18 Ogos 2009

Comments

Popular posts from this blog

Ebookstore