Nampaknya Owen dah jadi penyerang Manchester United yang baru. Terkejut katak jugala bile mula-mula dengar yang Alex Ferguson berminat dengan penyerang yang dikatakan sudah hilang sengatnye. Bagi aku sendiri, tindakan yang dibuat dapat menyelamatkan karier Owen dan menaikkan dirinya kembali sebagai salah seorang penyerang England yang digeruni. Ingat lagi Piala Dunia 1998 apabila Owen menjaringkan gol cantik ketika menentang Argentina. Kalau Owen dapat mengembalikan aura penyerang, pasti pembelian ini akan menjadi sebutan ramai. Ini kerana banyak cakap-cakap yang mengatakan pembelian ini adalah kurang tepat disebabkan statistik Owen yang agak merudum dan kecederaan yang dialaminya. Yang pasti, aku dan peminat-peminat tidak sabar melihat permainan Owen sebagai pemain MU, samada berbaloi atau tidak, kite saksikan nanti. Tahun depan World Cup, harap dapatla juga tengok kelibat Owen.