RazakSAT Pertama Di Dunia Mengelilingi NEqo

Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. atau ATSB merupakan sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan diperbadankan di bawah seliaan Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI).Ia telah ditubuhkan pada tahun 1997 dengan TiungSAT-1 sebagai projek pertamanya.
Setelah kejayaan pelancaran TungSAT-1 dari Tapak Pelancar Kosmodrom, Baikonur, kerajaan telah mengorak langkah setapak lagi dalam pembangunan teknologi angkasa dengan mengadakan kerjasama di antara ATSB dengan sebuah syarikat Korea Selatan iaitu Satrec Initiative. Usahasama ini termeterai pada tahun 2000 dengan permulaan program Medium sized Aperture Camera (MAC).
Objektif utama adalah untuk mereka bentuk dan menghasilkan sebuah sistem kamera remote sensing untuk kegunaan di angkasa lepas dengan resolusi 2.5 pankromatik dan 5 multi-spektral.
Sebagai permulaan seramai empat jurutera muda tempatan daripada pelbagai bidang kujuruteraan dipilih untuk menjalankan misi tersebut. Pada peringkat awal keperluan teknikal untuk pembangunan sistem kamera dikenalpasti. Ini termasuk definisi dan spesifikasi sistem kamera berserta keperluan misi telah ditentukan. Reka bentuk yang dipanggil Test Model telah dimulakan pada peringkat ini oleh jurutera bagi menentukan fungsi asas beroperasi seperti dikehendaki.
Bagi membolehkan sistem kamera ini dibawa ke angkasa lepas, sebuah satelit hendaklah disediakan. Dengan itu, program MACSAT telah dilancarkan pada penghujung tahun 2001 dan untuk itu, seramai sepuluh orang jurutera tempatan telah dihantar ke Korea Selatan.
Objektif utama program satelit MACSAT adalah untuk mereka bentuk satelit bersaiz kecil pada kos yang kompetetif dan pencerapan imej Bumi di garisan Khatulistiwa dan membangunkan satelit bersaiz sederhana pada kos yang lebih rendah. Kerajaan telah mengiktiraf kemajuan dan pencapaian program ini dengan lawatan oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Korea Research Institute (KRIS) di Daejon bersama delegasi Malaysia termasuk Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Datuk Seri Law Heng Deng dalam tahun 2002.
Di sana model kejuruteraan bagi sistem MAC dan subsistem MACSAT turut dipamerkan. Beberapa siri penyelesaian projek seperti System Design Review, Preliminary Design Review, Critical Design Review, Flight Model Manufacturing Readiness Review dan Operational Readiness Review telah diadakan sejak bermulanya program bagi memastikan sistem tersebut mematuhi keperluan teknikal yang telah diluluskan.
Sepanjang program berkenaan empat model telah dihasilkan untuk pembangunan MAC dan MACSAT iaitu Test Model Engineering Model, Qualification Model dan Flight Model.
Tun Dr. Mahathir telah mengadakan lawatan ke ATSB pada tahun 2003 bertempat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil dan telah menamakan satelit tersebut sebagai RazakSAT, sempena nama Perdana Menteri yang kedua Allahyarham Tun Abdul Razak.
Pada tahun 2004 proses mereka bentuk RazakSAT, Flight Model atau FM berjaya disiapkan dan dihantar ke KARI ( Korean Aerospace Research Institute) untuk pengujian peringkat akhir atau 'environmental test'. Pengujian berkenaan melibatkan ujian gegaran dan ukuran bagi mendapatkan Moment of Inertia and Center of Gravity dan ujian Thermal Vacuum dan Thermal Cycling. Ini untuk memastikan RazakSAT mampu untuk beroperasi dalam persekitaran ekstrem semasa pelancaran dan beroperasi di angkasa lepass dalam mencapai matlamat dan misinya.

Sumber : Utusan Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Ebookstore