Salahuddin Al Ayubi
Cerita Kingdom of Heaven ataupun Kerajaan Syurga yang aku tonton mengingatkan aku kembali pada Salahuddin Al Ayubi. Bagi aku beliau telah banyak menaikkan maruah Islam pada masa itu dan memberi impak atau pandangan yang luar biasa terhadap Islam oleh Barat. Ketokohan beliau jelas dilihat apabila memimpin para pejuang Islam menentang tentera Salib dalam merampas kembali kota suci ke 3 Baitulmuqaddis.
Aku pun ada juga membeli sebuah buku mengisahkan tentang Perang Salib. Membaca buku itu sedikit sebanyak membuka minda aku pada sejarah Islam dan kerajaan-kerajaan pada masa dahulu. Jika diikutkan Perang Salib bermula apabila pemimpin Kristian Barat yang berpengaruh pada masa itu membangkitkan semangat untuk merampas kembali Jerusalem yang pada masa itu ditadbir oleh kerajaan Islam. Akibatnya Jerusalem telah di tawan sepenuhnya hasil dari beberapa siri peperangan.
Lebih kurang 88 tahun kota suci tersebut diperintah oleh tentera-tentera Salib dengan melakukan kekejama terhadap masyarakat Islam dan Yahudi. Malah segelintir masyarakat Kristian yang memang menetap disitu, dibunuh akibat tidak mahu bekerjasama.
Sehinggalah muncul Salahuddin memimpin pahlawan-pahlawan Islam merampas kembali kota suci tersebut dan wilayah-wilayah disekitarnya. Di sini dapat dilihat ketokohan beliau dalam mengatur dan memainkan peranan dalam peperangan menentang tentera-tentera Salib. Apa yang penting lagi, beliau berjaya menyatukan umat Islam pada masa itu yang berpecah-belah akibat perbezaan mazhab dan perebutan kuasa.

Comments
Post a Comment