Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. atau ATSB merupakan sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan diperbadankan di bawah seliaan Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI).Ia telah ditubuhkan pada tahun 1997 dengan TiungSAT-1 sebagai projek pertamanya. Setelah kejayaan pelancaran TungSAT-1 dari Tapak Pelancar Kosmodrom, Baikonur, kerajaan telah mengorak langkah setapak lagi dalam pembangunan teknologi angkasa dengan mengadakan kerjasama di antara ATSB dengan sebuah syarikat Korea Selatan iaitu Satrec Initiative. Usahasama ini termeterai pada tahun 2000 dengan permulaan program Medium sized Aperture Camera (MAC). Objektif utama adalah untuk mereka bentuk dan menghasilkan sebuah sistem kamera remote sensing untuk kegunaan di angkasa lepas dengan resolusi 2.5 pankromatik dan 5 multi-spektral. Sebagai permulaan seramai empat jurutera muda tempatan daripada pelbagai bidang kujuruteraan dipilih untuk menjalankan misi tersebut. Pada peringkat awal keperluan teknik...
Comments
Post a Comment